Pelakon, Zara Zya mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu melibatkan bapanya yang telah ditulis di aplikasi Threads tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Seburuk Mana Pun, Saya Tetap Ayah Dia’ – Bapa Zara Zya Pilih Kunci Mulut
Tak nak ungkit
Tegas pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini, perkara tersebut tidak usah diungkit memandangkan ia sudah lama berlalu.
Dalam masa yang sama, Zara memaklumkan bahawa hubungan bersama bapanya masih sama seperti dulu tanpa sebarang perubahan.
Saya tak mahu kupas isu ini lebih lanjut sebab perkara itu dah lama pun berlaku.
Buat masa ini, saya tak mahu bercakap tentang perkara itu. Hubungan okay-okay saja, masih sama.
Zara berkata demikian ketika menghadiri majlis Ramadan Screening Astro yang berlangsung di The Grounds KL, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini
Luahan ketika emosi terganggu
Berkongsi lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Risik Pada Hati’ ini berpendapat kenyataan yang dibuat pada ketika itu mungkin atas dasar rasa kesunyian yang dialami tatkala melihat orang sekeliling mempunyai keluarga yang lengkap.
Mungkin pada ketika itu, emosi saya terganggu. Biasalah kan, bila tengok orang lain ada keluarga yang lengkap, begitu juga dengan keluarga kawan-kawan saya.
Dah beberapa kali raya, saya dan mama berdua sahaja sampai kami tak tahu nak pergi ke mana.
Saya rasa kesihatan saya pada waktu itu turut memberi kesan kepada emosi saya, di mana saya memang memerlukan seorang ayah.
Dalam pada itu, Zara tidak menyangka luahan yang dikongsikan menerusi platform tersebut menyorot perhatian sehingga menjadi bualan ramai.
Saya pula ingatkan tak ramai yang akan perasan, tapi saya lupa yang saya adalah seorang selebriti.
Terdahulu, Zara mencuri perhatian apabila mengakui dirinya tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya.
Dakwa Zara, bapanya itu tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya menerusi beberapa akaun palsu yang dibuatnya di media sosial