berita

Video: Zayn Malik Sebagai Perempuan Dalam MV 1D Terbaru

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

one-direction-BEST-SONG-EVER-2056509

Sebut sahaja nama kumpulan One Direction (1D), mesti ramai budak-budak sekolah dan remaja belia yang ekstra teruja hingga ada yang menghafal keseluruhan lirik lagu dan mengikuti perkembangan mereka.

One Direction yang dianggotai oleh Liam, Zayn, Niall, Harry dan Louis kini baru sahaja melancarkan muzik video terbaru mereka ke laman YouTube berjudul Best Song Ever.

main

Video berdurasi 6:13 saat itu agak berbeza kerana kelima-lima mereka tampil berlakon di dalam MV berkenaan dengan membawakan dua watak yang berbeza.

Namun begitu, Zayn Malik yang paling mendapat perhatian di dalam MV tersebut kerana penyanyi itu berlakon sebagai seorang setiausaha seksi dan berpakaian ala wanita.

one-direction-best-song-ever-1

Walaupun One Direction mendapat kritikan hebat daripada golongan yang membenci mereka namun apa yang pasti MV Best Song Ever telah berjaya mencapai hampir 16 ribu jumlah tontonan hanya selepas dua hari ia dilancarkan.

Ternyata kuasa peminat One Direction lebih kuat daripada pembenci-pembenci mereka. Bagi yang belum berkesempatan menonton, jom saksikan lakonan One Direction di dalam MV di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×