Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Zulin Aziz mendedahkan dirinya begitu teringin untuk menimang cahaya mata kembar.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Reti Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tak Guna’ – Zulin Aziz
Ada dalam gen keluarga
Ketika ditemui OhBulan!, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia merasakan adalah sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar.
Tambah pelakon drama ‘Penjara Janji’ ini, gen anak kembar yang ada dalam keluarganya juga membuatkan dia begitu teringin untuk mendapatkan anak kembar.
Saya teringin sebab saya rasa macam ‘cute’ ja nanti bila ada anak kembar.
Dalam keluarga saya pun memang ada gen anak kembar ini, sebab itu saya teringin sangat nak dapatkan anak kembar.
Zulin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran Eksklusif Koleksi Tudung 2.0 Flover By AZ Pemurah yang diadakan di Flora Terrace Hall, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah Zulin, dia dan suami sentiasa berusaha untuk dikurniakan cahaya mata dan berharap agar orang ramai mendoakan impiannya itu tercapai.
Insya-Allah saya dan suami sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat, jadi minta tolong sangat doakan saya.
Dan saya nak minta sangat dapat anak kembar.
Terdahulu, Zulin mencuri perhatian menerusi satu kapsyen yang dimuat naiknya di Instagram (IG) pada hari raya pertama yang lalu.
Tulis Zulin, dia berharap dapat beraya berempat iaitu bersama suami dan dua anak kembarnya pada tahun hadapan.
Sekadar info, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Februari 2022.
Posting Zulin
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Zulin Aziz