berita

[VIDEO]’I Will See You In Bigo Live’- Komen Isu Sajat, Caprice & Fathia Latiff Bergaduh Besar Di Instagram

January 21st, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon kontroversi, Fathia Latiff dan penyanyi rap, Caprice sering dikaitkan bersama di media sosial. Ini kerana, mereka dilihat mula bergaduh dengan isu tolak pelawaan cupcakes sehinggalah yang terbaru, isu pandangannya mengenai masalah Nur Sajat.

Seperti kebiasaan, Caprice memuat naik sebuah video di Instagram memberikan pandangannya mengenai isu pergaduhan Nur Sajat dengan seorang pemuda yang membuat aduan kepada JAKIM. Namun, video tersebut telah mendapat perhatian serta respon daripada Fathia dan sekali lagi pergaduhan diantara mereka telah tercetus.

Pandangan Caprice mengenai isu Sajat

https://www.instagram.com/p/BeLHhnkDW3j/

Ini respon daripada Fathia…

Fathia menyifatkan tindakan Caprice ini tidak ubah seperti netizen yang lantang bersuara mengkritik orang lain di media sosial. Fathia juga meminta supa Caprice berhati-hati semasa mengeluarkan kata-kata supaya dapat menjaga sensitiviti orang lain.

Ungkit video Bigo Live

https://www.instagram.com/p/BeLUQrxDfGR/

Pergaduhan menjadi semakin hangat apabila sekali lagi Caprice telah memuat naik sebuah video di Instagramnya menyindir Fathia mengenai kisah Bigo Livenya yang tersebar di media sosial beberapa bulan lalu.

Berbalas komen di Instagram

Respon daripada netizen

Pergaduhan ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen maklumlah Fathia dan Caprice ini memiliki pengikutnya yang tersendiri. Diharap pergaduhan ini akan diselesaikan dengan cara baik dan tidak dibiarkan berpanjangan.

Sumber: Caprice

SKIP THIS AD ×