berita

[VIDEO]‘Isteri Berhak Hidup Sihat Seperti Orang Lain’

July 28th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Buah Pinggang untuk isteri

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sanggup mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri tercinta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remaja Derita Hidap Tumor Disebabkan Resdung, Buta Sebelah Mata

Suami deram buah pinggang

buah pinggang untuk isteri

Menerusi hantaran video yang dimuat naik seorang lelaki yang dikenali sebagai Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya menderma buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.

Bukhari mengakui sedih dan terkesan dengan keadaan isterinya. Namun, cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.

Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.

Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga.

Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.

Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.

Video

@qoryellia Alhamdulillah, segalanya Allah telah mudahkan, terima kasih atas doa kalian semua, Jom baca sedikit coretan dari saya?? #kidneydoner #kisahrumahtangga #tilljannah #fyp#fyp??viral #duniasementaraakhiratselamanya #alhamdulillah ? original sound – Devotees Official

Sumber: TikTok & Harian Metro

SKIP THIS AD ×