Umum mengetahui pasangan sama cantik sama padan, Hafidz Roshdi dan isteri Athira Yuhada selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat malam.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri – ‘Alhamdulillah’
Bersanding serba putih
Selepas sehari dinikahkan, satu majlis resepsi bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli ini telah diadakan dalam satu majlis tertutup bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Ketika majlis tersebut diadakan, kelihatan Hafidz dan Athira yang begitu segak memperagakan busana perkahwinan berona putih masuk ke pelaminan.
Namun begitu, pihak media akur apabila tidak dibenarkan untuk merakam pasangan pengantin. Difahamkan, majlis yang diadakan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular.
Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam.
Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
OhBulan! mengucapkan tahniah & mendoakan agar mahligai dibina kekal hingga ke jannah.
Video
@ohbulanofficial Sekitar majlis resepsi Hafidz Roshdi & Athira Yuhada yang berlangsung malam ini, di Shah Alam. Namun, pihak media akur apabila tidak dibenarkan untuk merakam pasangan pengantin. Oh Bulan mengucapkan tahniah & mendoakan agar mahligai dibina kekal hingga ke jannah. ??#ohbulan #fyp #hafidzroshdi #athirayuhada ? Married Life (From “Up”) – Gina Luciani