Pelakon dan penyampai radio iaitu Siti Elizad, memuat naik video sambutan ulang tahun perkahwinannya dengan suami yang kesembilan, semalam.
Artikel Berkaitan: Tidak Mahu Terlalu Fikir Soal Zuriat, Siti Elizad Fokus Kesihatan Mental – ‘Tiada Perancangan Ambil Anak Angkat’
Artikel Berkaitan: 9 Tahun Berkahwin, Siti Elizad Sebak Cerita Soal Zuriat – ‘Orang Tak Tahu Saya Struggle Pergi Berubat’
Masih berdua
Selamat ulang tahun yang ke-9 sayang. Masih berdua, masih bercinta? Doakan kami. Ya Allah Ya Tuhanku, satukanlah hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, kebahagiaan dan selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Kami redha dengan ujianMu.
Menurut Elizad, selama sembilan tahun perkahwinan, dia bersyukur kerana memiliki suami yang baik. Tambah Elizad lagi, suaminya tidak pernah tanya soalan yang boleh menyinggung perasaannya sebagai seorang isteri apatah lagi membuatkan dirinya berasa marah.
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, Elizad pernah mendapatkan rawatan kesuburan IVF sekitar bulan Mac tahun lalu. Dia pernah berjaya hamil selepas rawatan tersebut namun keguguran beberapa bulan selepas itu.
Sumber: Siti Elizad