Masih panas! Bekas isteri TikTokers popular View Chin, Shermine Ah Moi hari ini menyatakan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan suaminya berhubung tuduhan dia ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Artikel Berkaitan: ‘Suka Ajak Keluar, Gaji Sikit & Sembang Lucah’ – Bekas Pekerja ‘TikTokers’ Buka Cerita, Dedah Perangai ‘Toxic’ Bekas Majikan?
Artikel Berkaitan: Bisnes Tak Jalan & Kedai Dikacau, View Chin Minta Masa Untuk Betulkan Keadaan- ’Ini Ujian Sangat Berat Buat Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Menjejaskan reputasi
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story milik Shermin, dia menegaskan bahawa tuduhan berlaku curang yang dilemparkan oleh bekas suaminya itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Dalam laporan berita yang diterbitkan oleh China Press semalam, View Chin menyatakan bahawa saya telah terlibat dalam hubungan luar nikah. Dakwaan ini adalah palsu dan tidak benar.
Susulan itu, wanita tersebut bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya kerana telah menjejaskan reputasinya.
Tambahnya lagi, dia juga akan menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap View Chin berhubung dakwaan tersebut.
Akibatnya, mereka telah merosakkan reputasi saya. Oleh itu, dengan ini saya berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang serta menuntut ganti rugi dan pampasan.
Terdahulu, Shermine telah memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra View Chin di WhatsApp bersama seorang wanita iaitu pekerja mereka sendiri yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.
Sumber: Shermine Ah Moi