berita

Viral Buat Voice Over Challenge, Ini Lelaki Suara Emas Disebalik Anugerah Berprestij & Iklan Drama TV3

July 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Buat penonton anugerah yang pernah diterbitkan oleh syarikat rangkaian televisyen Media Prima, pasti anda akan perasan suara voice over (VO) yang lunak setiap kali pembukaan, commercial break dan penutup acara. Mungkin ramai yang tak kenal siapa sebenarnya jejaka disebalik kelunakan suara itu.

Tetapi, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Khairul Anuar Azmi atau lebih dikenali sebagai Nuar mula aktif mempamerkan bakat suaranya di media sosial.

Suara Anugerah Juara Lagu

Menerusi perbualan ringkas OHBULAN! bersama Nuar, dia berkongsi pengalaman menceburi bidang VO sejak 10 tahun lalu. Dia memulakan kerjaya sebagai penerbit di Primeworks Studio dan pada masa yang sama mengambil peluang sebagai voice over talents di Hot FM dan Kool FM.

Selain anugerah berprestij, suara lunak Nuar juga digunakan bagi promosi drama dan beberapa rancangan televisyen Media Prima. Kalau anda perasan, iklan drama Melayu je mesti pakai suara Nuar ini kan?

Disebalik suara latar Melodi

Jejaka berusia 36 tahun ini mula aktif bersiaran secara langsung sebagai voice over talents di majlis berprestij sejak 6 tahun lalu. Bermula dengan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) sehinggalah dapat didengari suara lunaknya itu di kebanyakan majlis anugerah dibawah penerbitan Media Prima. Antara majlis yang pernah dikendali suaranya termasuk DFKL, Anugerah Skrin dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Ditanya mengenai kemunculan untuk bersiaran di kaca televisyen, Nuar tidak menolak tawaran sekiranya diberi peluang. Tetapi disebabkan faktor usia, dia mengakui kemunculannya itu sudah lewat.

Kalau diberi peluang untuk mengacara, saya tidak menolak. Tapi sebelum ini saya pernah menjadi pengacara di Kool FM TV dan juga pernah jadi wartawan di program Melodi.

Suara voicemail, stesen LRT

Sejak video VO di AJL dan Waze Application viral di media sosial, Nuar mula mendapat perhatian netizen dan pengikutnya. Malah, ada segelintir pengikut bertanyakan mengenai kelas VO untuk dikendalikannya.

Sebulan sebelum PKP, Nuar mula aktif mengadakan kelas online VO dan sesi perkongsian buat mereka yang berminat. Dia juga mewujudkan group Telegram yang diberi nama AlumniVONuar untuk mereka yang berminat dengan kerjaya sebagai voice over talents ini. Bukan itu sahaja, VO sudah mula dapat perhatian daripada pelajar-pelajar dari Indonesia.

Suara asal Waze atau stesen itu sebenarnya bukan suara kami. Ketika PKP hari itu, saya ajak rakan saya iaitu Jay untuk membaca skrip dari aplikasi tersebut untuk mengisi masa lapang. Tak sangka pula jadi viral dan ada beberapa agensi bertanyakan perkara itu kepada saya.

Nak menjadi voice over talents ni, tak perlu muka handsome, cantik. Suara tak sedap pun tak apa. Asalkan kita tahu intonasi suara dan cara penggunaan setiap perkataan yang dilontarkan.

Sumber: Nuar Storyteller

SKIP THIS AD ×