berita

Menangis Bawa Bangkai Ayam Dilanggar Ke Hospital Minta Dirawat, Budak Berhati Mulia Viral Sedunia

April 5th, 2019 | by faris
Kini Trending

Viral di laman sosial tempoh hari sekeping foto seorang si comel dengan anak ayam di sebelah tangan kirinya manakala sebelah kanannya memegang sekeping not wang kertas.

Antara lain foto viral itu mengatakan anak kecil berkenaan membawa anak ayam untuk dirawat di hospital setelah terlanggar dengan basikal. Rupanya, ada kisah disebalik foto itu.

Tidak faham anak ayam sudah mati

Derek C Lalchhanhima, berusia 6 tahun dari Sairang, timur laut Mizoram, India dirakam memegang anak ayam mati itu dan merayu kepada staf hospital untuk menyelamatkannya. Foto tersebut viral di negara itu dan seluruh dunia dalam sekelip mata.

Menurut portal Daily Mail, Derek tidak faham anak ayam malang itu sudah mati dan merayu kepada ibu bapanya untuk membawanya ke hospital. Sampai ke hospital, dia menunjukkan bangkai berkenaan kepada doktor, riak wajah suci Derek kemudiannya dirakam seorang jururawat, dan akhirnya mendapat ribuan perkongsian di laman sosial.

Pulang menangis dan kembali dengan 100 rupee

Rakan keluarga Derek, Sanga Says memuatnaik foto kanak-kanak itu selepas bapanya, Dhiraj Chhetri menunjukkan foto tersebut dan menceritakan kisah menyentuh hati berkenaan.

Saya ketawa dan menangis dalam masa sama. Menurut bapanya, Derek pulang ke rumah dengan anak ayam jiran yang tidak sengaja dilanggar. Bapanya kemudian menyuruh dia sendiri ke hospital. Dia ke sana dengan membawa 10 rupee (RM.059) bersama.

Selepas staf hospital memberitahu mereka tidak boleh menolongnya, dia pulang menangis dan kembali dengan 100 rupee (RM5.92). Ibu bapanya kemudian menjelaskan anak ayam itu sudah mati dan pihak hospital tidak boleh menolong menghidupkan kembali.

Atas keprihatinan dan niat mulia itu, pihak sekolah kanak-kanak ini menganugerahkan anugerah khas kepadanya.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×