Baru-baru ini viral di media sosial satu dakwaan gambaran Acap sudah ditemui. Tambahan, pihak tidak bertanggungjawab ini turut mengeluarkan kenyataan pihak operasi sudah memberhentikan pencarian.
Terbaru, menerusi Harian Metro, pihak polis telah tampil menjelaskan situasi sebenar disebalik dakwaan tersebut. Mereka turut meminta pihak tidak berkenaan tidak sebarkan berita palsu dan orang ramai diminta jangan mudah terpedaya.
Kononnya, Acap sudah dijumpai
Acap berada di Johor?
SAR masih mencari Acap
Berikutan timbulnya pelbagai dakwaan tersebut, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain telah tampil memberikan kenyataan bahawa kes kehilangan Acap masih lagi dalam siasatan dan kertas siasatan dibuka mengikut kes orang hilang.
Kita tidak mahu individu membuat tular yang tidak disertakan dengan fakta yang betul kerana siasatan kita lebih menjurus kepada fakta dan bukti tertentu.
Kenyataan individu mengatakan dia membongkar dan polis sudah diberitahu adalah satu perkara yang tidak betul, malah dia tidak berjumpa kita sebaliknya terus menularkan kenyataan ke laman sosial, jadi jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan serta menjadikan situasi lebih kusut.
Siasatan secara menyeluruh
Menurutnya lagi, pihak polis juga telah melakukan siasatan secara menyeluruh termasuklah meminta keterangan daripada keluarga mangsa serta barangan peribadi Acap.
Setakat ini, polis sudah melengkapkan kertas siasatan seramai tujuh individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi bebas dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kehilangan Mohammad Ashraf.
Semakan turut dibuat termasuk membuat pemeriksaan terhadap akaun bank, pergerakan kereta, komunikasi menerusi telefon bimbitnya dan hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Selain itu, operasi pencarian akan diteruskan di kawasan lain iaitu di bahagian kaki bukit pada Sabtu ini.
Untuk makluman, hari Sabtu ini pihak kita akan mengatur pencarian lain pada sebelah pagi di kawasan kaki bukit, di lokasi orang belum cari lagi. Operasi itu dijalankan dalam skala yang kecil, namun kita fokus di lokasi lain daripada lokasi pencarian.
Sumber: Harian Metro