berita

Viral Dakwaan Syarikat Penerbangan Biarkan Bagasi ‘Tersadai’ Di Landasan, Ini Sebenarnya Apa Yang Berlaku…

July 8th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Viral di laman sosial foto sebuah bagasi berwarna hijau yang dikatakan ‘tersadai’ di lapangan terbang tanpa pengawasan staf bertugas. Bermacam kritikan ditujukan buat syarikat penerbangan Airasia oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan foto tersebut.

Bagaimanapun, ada sisi berbeza disebalik foto berkenaan yang menjelaskan logik bagasi itu berada di landasan pelepasan.

Netizen jelaskan situasi sebenar

Seorang individu yang dipercayai staf lapangan terbang, Aniq Josper menjelaskan perkara itu adalah sebahagian prosedur International Civil Aviation Organization (ICAO). Antaranya, jika penumpang tidak memasuki pesawat tetapi bagasinya sudah didaftar masuk, bagasinya itu perlu dikeluarkan untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Untuk itu, kapten perlu melihat bagasi dikeluarkan, jadi perlu diletakkan di depan pesawat terbabit.

Antara sebab kelewatan

Seorang lagi staf dalam bidang sama turut mengiakan kenyataan terbabit dan mengatakan perkara itu adalah untuk tujuan keselamatan. Bagasi yang telah dimasukkan ke dalam perut pesawat perlu digali dan dibawa keluar untuk ditunjukkan kepada kapten.

Prosedur itu merupakan antara sebab kelewatan kapal memandangkan ianya adalah proses di saat-saat akhir sebelum berlepas.

Elak tragedi Pan Am Flight 103 berulang

Pan Am Flight 103 merupakan pesawat yang musnah dibom dan membunuh 243 penumpang dan 16 krew. Kejadian itu berlaku dan dikenali sebagai Lockerbie bombing dan dipercayai berlaku kerana ada salah sebuah bagasi mengandungi bom diletupkan ketika di udara.

Sumber: Aniq Josper, Ednana Mode, Wikipedia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×