berita

Viral Foto Beratur Panjang Di Kenanga Wholesale City, Wartawan Dedahkan Hal Sebenar

May 4th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini, 4 Mei 2020. Pengumuman itu antaranya memberi kebenaran kepada sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk dijalankan setelah lebih sebulan tidak beroperasi.

Foto viral berpusu-pusu ke Kenanga Wholesale City

Pagi tadi viral di Facebook beberapa foto orang ramai dilihat beratur di sekitar pusat jualan borong, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Pos berkenaan mengundang kemarahan dan kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut seolah sengaja mahu membeli-belah tanpa keperluan mendesak.

Wartawan bongkar hal sebenar

Wartawan Astro Awani, Fareez Azman yang ke lokasi itu untuk membuat tinjauan dan menyiasat adakah benar pos seperti diviralkan. Hasilnya, mereka yang beramai-ramai beratur di dalam foto tersebut merupakan staf di dalam pusat jualan terbabit.

Menurutnya yang telah menemubual pihak pengurusan Kenanga Wholesale City, pekerja berkenaan ingin meneruskan tugas mereka dan memulakan perniagaan setelah dibuka sejak PKP. Di dalam kompleks itu juga mengandungi lebih 800 kedai dengan hampir 50% kedai dibuka pada hari ini.

Pihak kompleks juga turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan garis penjarakan sosial, mengambil suhu badan, butiran nama dan tujuan ke sana untuk rekod.

Sumber: Fareez Azman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×