berita

Viral Foto Warga Asing Gelang Pink Di Tapak Binaan, Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

November 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini viral foto pekerja asing kelihatan memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu ketika berada di tapak pembinaan. Foto tersebut bagaimanapun telah mencetuskan kegusaran dan kebimbangan orang ramai terhadap wabak berjangkit Covid-19 itu.

Terbaru, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan warga asing yang memakai gelang pink itu sudah pun menjalani saringan surveilance di tapak pembinaan berkenaan.

Saringan surveilance tapak bina

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa seramai 264 orang di tapak pembinaan tersebut telah menjalani ujian saringan. Pekerja tersebut diberikan gelang pink kerana mereka bukan warganegara dan untuk mengelakkan keluar daripada tapak berkenaan.

Terkini tular dua gambar yang menunjukkan pekerja warga asing masih berada di tapak pembinaan dengan memakai gelang pink. Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini.
Sebenarnya seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina. Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1 dan 2 dan rumah kongsi tepi sungai).
Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina. Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat.
Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yg disaring berada dalam kawasan tapak bina. Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari. Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi.

Kontak rapat 8 orang dikuarantinkan

Bagaimanapun, sejak 13 November lalu tapak pembinaan tersebut telah menghentikan projek buat sementara bagi kerja-kerja nyah cemar. Hasil saringan mendapati kesemua pekerja tapak pembinaan adalah negatif kecuali 8 orang yang mempunyai kontak rapat dan masih menjalani kuarantin.
Pada 13/11/2020 sehingga 15/11/2020 pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15/11/2020.
Release order dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15/11/2020, jam 11 am di tapak bina berkenaan. Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina. Terdapat kontak rapat 8 orang telah di kuarantinkan. Tempoh kuarantin 14 hari (7/11-20/11).
Kesemua pekerja yang lain adalah negative dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15/11/2020 kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin.

Sumber: Hisham Abdullah

SKIP THIS AD ×