berita

Viral Gambar Bogel Mirip Anak, Ini Respon Che Ta

August 24th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini beberapa selebriti terpalit dengan kontroversi gambar bogel mirip diri mereka tersebar di laman sosial. Antara yang pernah ‘terkena’ adalah Syafiq Kyle, Zul Ariffin, Atikah Suhaime dan Idris Khan. Penyebaran gambar sedemikian nyata memberi impak negatif terhadap perjalanan karier seni dan menjadi buah mulut masyarakat.

Terbaru, foto panas mirip anak teruna pelakon Rozita Che Wan, Ammar Effendy pula dikongsi oleh netizen.

Dipercayai mula tersebar di Tumblr

Walaupun Ammar tidak terlibat secara langsung dalam dunia seni, populariti mereka sekeluarga turut sedikit sebanyak mengheret Che Ta dalam isu ini.

2 foto berkenaan yang dipercayai viral bermula dari laman Tumblr kemudiannya dikongsi di laman sosial lain seperti Twitter dan dikongsikan netizen menerusi platform itu. Lelaki mirip Amar itu dilihat memperagakan badan berotot tanpa seurat benang dan berposing di depan kamera.

Tak perlu melatah

Tenang dengan kontroversi sedemikian, Che Ta menerusi Kosmo Online! mengatakan dia dan keluarga tidak mudah melatah dengan isu itu. Padanya, mereka anak beranak sudah terbiasa dengan pelbagai kontroversi sejak dia bergelar selebriti 13 tahun lalu.

Tidak perlu hendak melatah sebab di era teknologi yang serba canggih ini pelbagai benda orang boleh lakukan dan kita tidak buat perkara itu.

Che Ta juga dilihat memuatnaik status di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan mengenai isu itu dengan kapsyen bersifat motivasi untuk mereka yang membawa mulut mengenai individu lain.

Sumber: Kosmo Online!, Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×