berita

Viral Isu Aplikasi MyUbat Di Media Sosial, HKL Ambil Tindakan Ke Atas Pegawai Farmasi

January 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengambil tindakan ke atas pegawai farmasi yang didakwa biadab terhadap seorang pesakit yang berurusan di farmasi hospital berkenaan seperti viral di media sosial pada hari Isnin yang lalu.

Menurut Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan, hasil siasatan mendapati terdapat kekeliruan antara pengadu dengan pegawai bertugas mengenai perkhidmatan MyUbat.

Terdapat kekeliruan

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kekeliruan tersebut berlaku disebabkan perkhidmatan MyUbat tidak dapat dilaksanakan bagi ubat tertentu berikutan kekangan stok yang terhad. Justeru itu, bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal daripada tarikh pesakit menerima ubat tersebut.

Perkhidmatan itu akan dapat dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Berhubung isu komunikasi, HKL telah mengenal pasti pegawai tersebut dan akan diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang. Tambahnya, Dr Rohana, pihaknya akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.

Sumber: KKM

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×