berita

Viral Kisah Anak 28 Orang, Lembaga Zakat Selangor Mahu Panggil Bapa Beri Kaunseling

May 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, tular di media sosial mengenai kisah sebuah keluarga yang menetap di rumah yang serba kekurangan. Difahamkan, rumah tersebut dihuni oleh 28 orang anak bersama empat isteri. Namun, apa yang mengejutkan apabila mendengar respon si bapa apabila terdapat pihak yang ingin membantu anak-anaknya untuk ke sekolah.

Artikel Berkaitan:28 Anak, 4 Isteri Tinggal Di Rumah Sewa Sempit. Bila Nak Tolong Uruskan Anak Ke Sekolah, Si Bapa…

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, pihak Lembaga Zakat Selangor (ZLS) telah menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat sejak tahun 2010 kepada keluarga berkenaan.

Terima pelbagai bantuan

Ujar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop keluarga berkenaan yang tinggal di Klang, telah menerima bantuan merangkumi bantuan rumah sewa, persekolahan, kecemasan dan modal yang boleh digunakan oleh keluarga itu.

Tambahnya lagi, pihak LZS juga akan mengadakan sesi kaunseling kepada keluarga itu terutamanya kepada si bapa manakala, si anak yang tidak bersekolah akan menghadiri kursus kemahiran bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga mereka.

Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah. Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka.

Sebelum ini, kisah mengenai keluarga ini telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada netizen yang turut bersimpati dengan nasib keluarga itu.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×