berita

Viral Kisah Janda Muda Dakwa Hamil Secara Tiba-Tiba Sebelum Melahirkan Bayi, Bila Disiasat Terbongkar Sebenarnya..

February 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Tribun News

Sebelum ini viral di media sosial mengenai seorang wanita warganegara Indonesia mendakwa telah hamil selama satu jam sebelum melahirkan seorang bayi secara tiba-tiba. Malah, wanita ini juga mengatakan bahawa dia merasakan ada sesuatu memasuki ke dalam rahimnya sebelum perutnya tiba-tiba membesar.

Artikel Berkaitan: Janda Muda Terkejut, Dakwa Mengandung Secara Tiba-Tiba Sebelum Melahirkan Bayi!

Namun, segala-galanya terbongkar selepas anggota polis mendakwa bahawa wanita berkenaan kemungkinan dihamili oleh seorang lelaki.

Polis jejaki bekas suami Zaniah

Foto: Tribun News

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Tribun News, wanita yang dikenali dengan nama Siti Zainah merupakan seorang janda telah membuat pengakuan yang mengejutkan. Dia mendakwa dirinya langsung tidak tahu tentang kehamilan tersebut sehinggalah pada saat melahirkan.

Walaupun begitu, kejadian tersebut telah menjadi bualan hangat rakyat Indonesia dan pihak polis menganggap ianya satu perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, mereka menjalankan siasatan dengan mengumpul maklumat tentang status perkahwinan terdahulu Zaniah bersama bekas suaminya.

Difahamkan, Zainah baru sahaja bercerai sejak empat bulan lalu dan pihak polis mendakwa mereka percaya bahawa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan Zaniah bersama bekas suaminya. Oleh itu, pihak polis kini sedang menjejaki keberadaan bekas suami Zaniah yang juga didakwa merupakan bapa kandung bayi perempuan berkenaan.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×