Foto: Sinar Harian
Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang wanita ini apabila dia diceraikan gara-gara menegur si suami membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak. Lebih meruntun hati apabila mengetahui dia diceraikan ketika baru 13 hari dalam tempoh berpantang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Dalam Pantang Cuba Terjun Dari Rumah Flat Selepas Kecewa Diceraikan Suami
Diceraikan lepas tegur suami
Foto: Kosmo Online
Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 26 tahun ini mengaku tertekan dengan insiden itu sehingga membuatkan dia nekad mahu terjun dari bangunan rumah flatnya. Namun berjaya diselamatkan oleh jiran tetangga. Jelasnya lagi, lebih membuatkan dirinya tertekan apabila buntu memikirkan bagaimana dia mahu membesarkan tiga orang anaknya yang berusia empat dan dua tahun serta seorang bayi baru lahir berusia 17 hari sendirian tanpa suami di sisi.
Menurutnya lagi, dia juga tertekan dengan keadaan kewangan keluarganya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara termasuklah di kawasan rumahnya yang terletak di Flat Taman Semarak, Negeri Sembilan. Malah, selama ini bil api, air, sewa rumah dan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh si suami dan kini dia tiada tempat bergantung.
Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu. Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa.
Jalani kuarantin 10 hari, positif Covid-19
Sekadar gambar hiasan
Sejak dua bulan lalu, suaminya yang bekerja sebagai operator kilang hanya menerima separuh gaji sahaja. Difahamkan, mereka sekeluarga disahkan positif covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah. Jelasnya lagi, selama empat tahun berkahwin, hubungannya bersama suami dalam keadaan baik-baik sahaja. Tetapi pada tahun 2018, dia dan suaminya pernah bercerai namun kembali rujuk semasa masih dalam tempod edah.
Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19.
Menurut sumber, keluarga kecil ini telah menerima kunjungan daripada Muzaliza Musa iaitu pengurus Semarak Resourse Centre yang merupakan pusat komuniti flat berkenaan. Jelas Muzaliza, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan turun pandang membantu keluarga ini dan sekiranya ada mana-mana individu yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila.
Sumber: Sinar Harian, Kosmo Online