Foto: Tangkap layar video
Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, pasangan ini perlu kuat dalam mendepani ujian tersebut dan sama sekali tidak mementingkan diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dituduh Mandul Oleh Ibu Mentua & Hampir Bercerai, Bila Check Baru Tahu Suami Yang ‘Problem’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 6 Tahun Sabar Menanti Cahaya Mata, Pasangan ‘Cekal’ Sebak Bila Disahkan Mengandung
Seperti video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Sufri_Jamaluddin di laman TikTok, tampil menceritakan kisah seorang wanita yang dipercayai cuba untuk terjun bangunan.
‘Kenapa tidak berhati perut?’
Foto: Tangkap layar video
Kisahnya bermula, apabila pasukan Bomba dan Penyelamat menerima satu panggilan daripada jiran wanita tersebut yang membuat laporan akan tindakannya yang mahu terjun ke bawah. Bagaimanapun, mangsa ketika itu sama sekali tidak sempat untuk terjun berikutan tindakan pantas yang dilakukan oleh jiran-jirannya.
Alhamdulillah mangsa tak sempat terjun sebab jiran-jiran sempat halang dan pegang dia.
Menerusi siasatan awal yang dilakukan, suami kepada wanita itu didakwa menceraikan isterinya yang baru sahaja selamat melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan dua minggu yang lepas. Apa yang lebih menyedihkan, apabila suaminya juga didakwa melarikan diri bersama anak sulung mereka dan kereta milik mangsa.
Bila siasat dan tanya jiran-jiran. rupa-rupanya dia baru sahaja diceraikan oleh si suami yang tidak berhati perut. Bila dah cerai, suami mangsi lari tinggalkan mangsa. Dalam masa yang sama, dia bawak lari anak yang sulung bersama kereta mangsa.
Video tersebut bagaimanapun, meraih ratusan komen yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus kuat mendepani hari-hari yang mendatang.
Semoga kakak ini dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Amin!
Video penuh:
@sufri_jamaluddinNa’uzu Billahhi Min Zalik ?? ##tiktokguru ##tiktokindonesia ##fyp? original sound – Ain Fatin Lyana
Semoga akak terus kuat!
Sumber: Sufri_Jamaluddin