berita

Viral Kisah Wanita Setia Temani Suami Pergi Nikah & Cerai, Ini Permintaan Bekas Isteri Kedua

August 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini pernah viral di media sosial mengenai ketabahan seorang wanita yang sanggup mengikuti proses ijab dan kabul suaminya bersama wanita lain. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata daripada mereka memuji ketabahan si isteri pertama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Madu Bak Adik Siap Teman Suami Nikah, Isteri Mithali Raih Pujian

Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Ini Ada 7 Calon Namun..’ – Isteri Dedah Perkenalan Manis Suami Dengan Madu

Teman suami bercerai pula

Bukan setakat menemani majlis ijab dan kabul sahaja malah isteri pertama yang dikenali dengan nama Syiela Rashid ini turut membantu melakukan persiapan perkahwinan suami, Khubaib Ramli bersama madunya. Lebih mencuri tumpuan ramai apabila menyaksikan keakraban yang terjalin antara wanita ini bersama madunya. Tak dinafikan, ramai netizen mengakui ‘cemburu’ melihat hubungan mereka berdua. Boleh dikatakan seperti hubungan adik dan kakak!

Walau bagaimanapun, semalam iaitu tanggal 24 Ogos 2021, Khabib Ramli menerusi akaun Facebook mengesahkan dirinya sudah pun berpisah dengan isteri keduanya. Menurut Khabib, proses penceraian itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap. Difahamkan, proses penceraian itu turut ditemani isteri pertama, Syiela Rashid.

Hari tu teman kanda pi menikah, hari ni teman kanda Khubaib Ramli pi bercerai. Apa-apa pun, it is okay. It’s a process. Akak tetap akak, siapa pun datang dan pergi. Doesn’t matter. Datan tidak dipinta pergi tidak dihalau. Take full charge atas pilihan yang kita sendiri buat k.

Dah 2 bulan tak tinggal sebumbung

Sementara itu, isteri kedua menerusi akaun Facebook juga mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas hampir dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung. Jelasnya lagi, tujuannya memaklumkan perkara ini kepada umum kerana tidak mahu timbulnya salah faham dan fitnah dari mana-mana pihak.

Saya sudah berlapang dada dengan keputusan yang telah saya putuskan. Saya mengharapkan pihak sana tidak lagi mengekpost gambar-gambar bersama atau gambar kahwin yang lepas. Sekali lagi saya memohon maaf dan memaafkan segala perbuatan dan kelakuan yang saya hadapi selama tempoh perkahwinan dan kehidupan berpoligami.

Sumber: Khubaib Ramli, Syiela Rashid, Ain Soleh

SKIP THIS AD ×