berita

‘Viral Madinah Lengang, Tang Mananya?’ – Pelajar Tepis Dakwaan Masjid ‘Kosong’, Ini Keadaan Sebenar

March 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral dengan penyebaran beberapa foto dan video berkenaan suasana ‘lengang’ di sekitar Masjid Nabawi disebabkan wabak virus COVID-19. Perkara ini telah mencetus kebimbangan terhadap ramai pihak termasuk jemaah Haji dan umrah. Menerusi perkongsian dari pelajar Islamic University of Madinah iaitu Najmi Farisham, dia menafikan penyebaran berita berkenaan.

Dia walau bagaimanapun meminta agar berita yang tidak benar itu dihentikan kerana Kota Madinah masih terkawal dan dimaklumkan kerajaan negara tersebut telah bertindak menyekat kemasukan pelancong bagi mengawal penularan wabak.

Tular Masjid Nabawi kosong

Individu ini turut berkongsi suasana di sekitar Masjid Nabawi yang didakwa ‘kosong dan lengang’ akibat daripada penularan wabak koronavirus di negara itu.

Malam tadi sempat singgah solat Isyak di Masjid Nabawi. Aku sampai dalam 10 ke 20 minit nak azan. Kira adalah masa nak jalan-jalan, round tengok kawasan sekitar.

Sehari dua ini duk tular katanya Masjid Nabawi dah kosong, lengang daripada kelibat jemaah. Entah gambar bilalah yang digunakan itu. Bukan tak nak percaya, cuma susah. Sebab kita duduk sini dan kita tahu situasi semasa.

Ada sesetengah pihak, bila dapat tahu Madinah dah lengang, mulalah gelabah. Katanya ini petanda buruk bla bla. Mudah sangat terpengaruh dan percaya benda bukan-bukan.

“Duk viral Madinah lengang. Tang mananya?” soal aku kepada seorang kawan ketika duduk menanti iqamat dilaungkan.

“Entah, ramai ja ni. Mungkin gambar yang dia ambil tu masa waktu duha. Orang tak keluar, duduk bilik ja” jawabnya selamba. Kami duduk bersila, memerhatikan gelagat para jemaah yang masih berbaki di Madinah ini.

Ada cumanya tak ramai

Najmi Farisham juga menafikan video dan foto yang viral mengenai suasana di Masjid Nabawi lengang itu. Tambahnya, pihak kerajaan negara tersebut telah mengawal kemasukan pelancong dai negara lain demi mengekang jangkitan wabak berkenaan terhadap jemaah.

Memang benar pintu masuk ke Arab Saudi ini sudah ditutup oleh pihak kerajaan bagi mengawal dan mengekang jangkitan virus COVID-19. Jemaah yang ada sekarang ini pun, mungkin menanti masa saja untuk berangkat pulang.

Cuma tak usahlah bombastik sangat ayatnya sampai orang bayangkan Madinah dah betul-betul kosong. Buat biasa-biasa sudahlah.

Sebetulnya tak adalah kosong terus macam dalam gambar yang tersebar itu. Jemaah masih ada cuma tak adalah ramai dan sesak seperti musim biasa.

Penduduk setempat pun ramai yang ada datang solat dan berpiknik di dataran. Universiti tempat kami belajar ini, pelajarnya mencecah 20 ribu orang semuanya. Boleh jadi separuh daripadanya datang solat setiap 5 waktu. Jadi nak kata kosong itu, sangatlah tidak logik.

Aku tiada untung mahupun rugi dalam soal ini. Cumanya nak kasi tahu supaya kita semua tenang dan relaks saja. Tak usah panik dan gelabah.

Saf dalam masjid pun penuh

Bukan itu sahaja, pelajar di universiti turut mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti musim panas. Mungkin disebabkan itu jemaah kelihatan tidak ramai jika dibandingkan dengan musim umrah atau haji.

Peraturan ini diketatkan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua pihak, sama ada rakyat mereka mahupun jemaah negara lain. Nyawa insan, semuanya penting. Tiada konspirasi murahan yang boleh dikaitkan.

Sebagai bukti, aku ada tangkapkan gambar suasana malam tadi. Dari sebelum solat, ketika nak solat dan selepas solat. Masih meriah dan ramai yang ada. Saf dalam masjid pun penuh. Sampaikan bini aku kata dia terpaksa solat atas lantai marmar sebab tak sempat berebut masuk saf atas karpet.

Setakat duduk sini, ada satu masa ja jemaah di Masjid Nabawi betul-betul berkurang, saf depan pun banyak kosong. Iaitu masa perjalanan haji 8, 9, 10, 11, 12 Zulhijjah.

Sebab ramainya rakyat mereka masuk ke Mekah untuk buat haji. Ada yang keluar negara, sempena cuti musim panas. Pelajar universiti pun pulang bercuti ke negara masing-masing. Yang tinggal hanya saki baki.

Suasana di Masjid Nabawi

Sumber: Najmi Farisham

SKIP THIS AD ×