berita

Viral Masak Lemang Dalam Tin Aluminium, Ini Risiko Yang Ramai Tak Tahu

April 27th, 2020 | by faris
Kini Trending

Cara masakan rendang kukus mudah menggunakan tin aluminium mendapat perkongsian ramai di laman sosial. Ini kerana kaedah itu lebih mudah dan menjimatkan masa. Namun, menurut ahli kimia, Dr Fatimah Salim, cara ini mempunyai risiko dari segi kesihatan yang patut diambil kira.

Tidak digalakkan memasak dalam tin aluminium

Merujuk kepada screenshot di bawah. Rakyat Malaysia sememangnya tidak terlepas daripada menjadi kreatif dalam mengaplikasikan pelbagai bahan terbuang agar lebih berguna. Kini menjadi ‘trend’ pula memasak lemang dalam tin bekas minuman yang diperbuat daripada aluminium. Kretiviti ini mungkin tercetus disebabkan bentuk tin minuman yang serupa dengan buluh.

Namun, memasak dalam bekas tin penjualan makanan adalah TIDAK digalakkan. Tidak kira apa juga bahan binaan tin tersebut, termasuklah aluminium iaitu merupakan sejenis logam yang reaktif. Haba memasak yang tinggi dan pendedahan yang berterusan akan menyebabkan bahan masakan bertindakbalas dengan bahan kimia binaan tin ini.

Untuk tin yang diperbuat daripada aluminium, tindakbalas akan menjadi lebih cepat dengan masakan yang bersifat asidik atau basik. Maka banyaklah jumlah aluminium yang terbebas dan bercampur dengan bahan masakan. Kandungan aluminium yang tinggi dalam badan dikaitkan dengan masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang dan otak (terutamanya autisma dikalangan kanak-kanak dan Alzheimer).

Walaupun tiada kaitan yang konklusif, namun sesetengah individu yang sensitif atau mempunyai masalah dalam mengumuhkan aluminium berpotensi menghadapi masalah ini.

Ada beza tin aluminium dengan peralatan memasak aluminium

Berbeza dengan peralatan memasak yang diperbuat daripada aluminium, ianya mempunyai satu lapisan aluminium oksida (Al2O3) yang sangat stabil. Lapisan oksida ini bertindak sebagai selaput penghalang hakisan aluminium ke dalam minuman atau makanan kita sekiranya tidak dikikis semasa mencuci.

Namun lapisan ini belum terbentuk pada tin aluminium yang sangat nipis itu. Jika ada yang masih lagi berhasrat juga untuk menggunakan tin aluminium ini untuk memasak lemang, kesan tindakbalas ini mungkin boleh dikurangkan dengan pembentukan lapisan oksida tadi. Caranya ialah dengan mendidihkan air beberapa kali dalam bekas ini sehinggalah lapisan oksida ini terbentuk yang mana boleh dilihat dengan jelas.

Benar, daun pisang yang digunakan sebagai pembalut (pastikan tapak juga dibalut bersama) boleh menjadi penyerap sebahagian aluminium. Namun kita tidak tahu berapa banyak aluminium yang terhakis dan berapa kapasiti serapan daun pisang itu. Ingat, komposisi bahan binaan tin tidak sama dengan periuk memasak aluminium walaupun bahan utamanya adalah sama. Dan fikirkan juga kebarangkalian bahan-bahan kimia lain yang terhakis daripada cat dan tulisan pada tin itu lalu menjadi perisa tambahan kepada lemang.

Kesimpulannya, memasak lemang dalam tin aluminium tidak selamat dan tidak digalakkan.

Sumber: Dr Fatimah Salim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×