berita

Viral Telefon Meletup Ketika Cas, Cetus Percikan Api, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

February 8th, 2019 | by faris
Kini Trending

Kes membabitkan telefon meletup ketika dicas pernah beberapa kali dilaporkan sebelum ini di media. Apa yang lebih membimbangkan, ada kes yang turut menyebabkan kematian.

Seorang pekerja di pejabat kerajaan di Riau, Indonesia menempuh detik cemas apabila telefon yang dicasnya tiba-tiba meletup.

Meletup ketika cas

Insiden itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pejabat berkenaan dan video berdurasi 3 minit 10 saat itu viral di laman sosial. Letupan berkenaan menyebabkan pemiliknya tercedera terkena letupan telefon jenis Android itu.

Suasana tenang di tempat kerja tiba-tiba gempar apabila telefon yang diletakkan berhampiran komputer meletup sehingga menyebabkan pemiliknya bertempiaran lari sambil memegang wajahnya. Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nevia kemudiannya memeluk seorang lagi rakan sekerja.

Menurut Sekretaris Dinas Kominfotik Riau, Lili Irianti, telefon berkenaan hanya dicas dan tidak digunakan manakala punca letupan masih tidak diketahui.

Menerusi laporan Tribun Batam, mangsa telah dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan di wajah berkemungkinan terkena serpihan letupan.

Dalam pada itu, seorang warga emas 60 tahun maut dia Chittagong, India apabila telefon dicasnya meletup pada awal Januari lalu.

Sumber: Tribun Batam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×