berita

Viral Tuduhan Pak Guard Kurang Ajar, Halang Melawat Di Hospital Seremban, Ini Jawapan Exco

October 1st, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Bermacam kes membabitkan ketidakpuasan hati pelawat hospital kerajaan diceritakan di laman sosial. Namun demikian, disebalik kisah-kisah sebelum ini, pastinya ada sisi berbeza yang mungkin mendedahkan kisah sebenar sesuatu insiden.

Pengguna Facebook, Muru Muraly meluahkan rasa tidak puas hatinya ekoran dakwaan secu tidak dibenarkan masuk ke wad di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Dakwa security jadi pengarah hospital

Status berkenaan kemudiannya dijawab seorang lagi pengguna laman sosial itu, Euforia Is yang menjelaskan mengapa lelaki berkenaan tidak dibenarkan melawat.

Minta maaf sebab saya biarkan nama disitu, lokasi dan post berkenaan. Malah screenshot ini memang screenshot sahaja tanpa edit.

Sebab post ini :
1. Tidak dapat masuk melawat
2. Perkaitan politik dikatakan oleh pengawal keselamatan
3. Pengawal keselamatan menggunakan telefon bimbit sewaktu kerja.
4. Meminta YB kawasan tersebut memberi penjelasan berkenaan hal ini.

Maka mudah jika saya rumuskan begini.
1. Waktu melawat hospital tuanku jaafar seremban adalah daripada pukul 12.30 petang hingga 2.00 petang. Kemudian 4.30 petang hingga 7.30 petang. Mudah. Diperkatakan pelawat datang pada pukul 11.30 pagi. Tak pasti benar atau tidak tapi kalau datang sebelum waktu lawatan, hanya peneman yang mempunyai kad peneman pesakit di wad sahaja dibenarkan memasuki wad.

Pelawat? Tunggu lah waktu melawat. Takkan tunggu waffle siap kat hospimart tu boleh, tapi tunggu waktu melawat tak boleh? Dah tu nak layanan vvip dan beri akses pada anda yang bukan peneman pesakit?

Waktu melawat di laman web rasmi

2. Kalau itu apa yang dia nak katakan, atau sesiapa pun sekali, itu hak mereka. Who are you to judge that?
Benda mudah. If u do evil, evil will come back at you. What you give, you get back lah. Want me to sing back to you meh?

Memang tugas dia, di mana dia hanya berikan akses kepada pesakit, petugas kesihatan dan peneman untuk melalui kawasan tersebut. Itulah syarat dia, dah nak buat macam mana lagi? Marahlah tu sebab tak dapat masuk. Kesian.

3. Bang, kalau kau tengah tunggu giliran kau dipanggil di bank, untuk urusan di kaunter sekalipun, dah tentu kau akan keluarkan telefon pintar anda, untuk mengisi masa sebelum di panggil. Bayangkan lah pegawai keselamatan tu perlu bertugas selama 12 jam satu shift. 12 minit pun kau dah meroyan, kan?

Itu tugas dia, di tempat tersebut, menjaga dan mengawal tahap keselamatan. Hormatlah sedikit. Muka sendiri kena tayang merata nanti baru kau sedar, tapi kau tayang muka mereka, kau tak kisah pula.

Dan sejak bila pula pengawal keselamatan dengan kakitangan hospital pun tak reti beza, apakah?

4. YB dah jawab di situ. Dia pun kata, berikan aduan rasmi padanya. Nanti dia akan siasat katanya. Lagi kau nak balah. Apa lagi kau nak? Turun padang jatuhkan hukuman? Eh benak betul.

Suka sangat viral orang. Takpe la. Nah bagi kau rasa popular jap.

Dapat perhatian exco

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam kemudiannya menjelaskan bahawa pelawat melawat pada jam 11.30 pagi walaupun waktu lawatan adalah sejam kemudian.

Muru membalas komen tersebut supaya siasatan dibuat melibatkan dirinya yang didakwa sebagai ‘mangsa’.

Tak masuk awal

Sumber: Muru Muraly, Euforia Is

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×