berita

Viral Video Bacaan Surah Peringati Mangsa Serangan Masjid, Penuntut Malaysia Dedah Cerita Sebenar

March 19th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Video bacaan surah al-Baqarah ketika acara penghormatan terakhir untuk mangsa serangan pengganas di Christchurch membuatkan netizen sebak. Ramai yang memuji bacaan menyentuh hati seorang pelajar Malaysia di sana yang dirakam dalam video itu.

Penuntut Universiti Canterburry (UCSA), Shahmi Aiman Saiful Adly yang mengalunkan bacaan itu dilaporkan Harian Metro mengatakan acara itu bukan pengebumian namun solidariti untuk mangsa terlibat.

Anjuran penuntut universiti

Shahmi Aiman yang juga anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Saiful Adly Abu Bakar menafikan  video viral berkenaan adalah acara pengebumian jenazah mangsa namun sebenarnya acara penghormatan terakhir.

Bukan majlis pengebumian mangsa tembakan sebaliknya, perhimpunan solidariti anjuran UCSA bagi menghormati tragedi yang berlaku.

Ujarnya, dia diminta oleh pihak universiti untuk membacakan doa ketika himpunan itu sebelum terdetik untuk mengalunkan sekali surah al-Baqarah ayat 154 hingga 157 bersama maksudnya.

Dihadiri 10 ribu orang

Menurut Shahmi, dia membaca doa dan kemudiannya diikuti surah berkenaan beserta maksud untuk lebih difahami hadirin. Difahamkan seramai 10 ribu penuntut berkumpul di padang Universiti Canterburry, New Zealand itu

Selepas membaca doa, saya tergerak hati untuk membaca surah al-Baqarah serta terjemahannya bagi membolehkan semua yang hadir menghayati maksud bacaan itu.

Ada penuntut tempatan yang sebak dan mengalirkan air mata sebaik saya mengalunkan bacaan al-Quran ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×