Tular sebuah video yang didakwa memaparkan kemesraan antara usahawan dan pempengaruh, Jofliam bersama pekerjanya yang dikenali sebagai Dewi.
Artikel Berkaitan: ‘Cik Epal Hancurkan Masjid Saya Dahulu..Kerana Fitnah-Fitnahnya’ – Dewi
Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Skandal’ Dengan Jofliam, Dewi Minta Jangan Kecam Keluarga – ‘Mereka Tiada Kena Mengena Dengan Isu Ini’
Panggil sayang?
@amethystsiamantis Sayang tau tak ? ? amboiii kenmainnnnn selama ni eh. sepandai pandai tupai melomoat akhirnya jatuh ke tanah jugaa. ? #jofliam #dewi #cikepal #pizzawagyu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kedengaran suara Jofliam yang didakwa memanggil Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi dengan panggilan sayang.
Dalam masa yang sama, usahawan pizza wagyu itu juga memuji kecantikan Dewi.
Sayang tahu tak, ada setengah orang dia dalam foto cantik tapi dalam video tak cantik.
Sayang video cantik daripada foto.
Cantik dalam video
Dewi kemudian turut mengakui bahawa dia kelihatan lebih jelita di dalam video berbanding foto.
Ya, saya pun lebih prefer video.
Terdahulu, persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya Cik Epal tidak berkesudahan dengan mendedahkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.
Sebelum ini, Cik Epal juga mengambil tindakan undang-undang terhadap Dewi. Manakala Dewi turut memfailkan memorandum kehadiran untuk saman fitnah bagi pihak Cik Epal.
Imbas kembali, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: TikTok