berita

Viral Video ‘Karaoke’ Di Klinik, Rupanya Doktor Gigi Ini Memang Seorang Penyanyi!

April 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral dengan lagu Fly Me To The Moon nyanyian asal Frank Sinatra di laman Twitter membuatkan doktor gigi ini iaitu Dr Hafiz Zainal mendapat perhatian ramai. Doktor gigi yang baru berusia 28 tahun itu telah membuatkan ramai gadis ‘cair’ dengan nyanyian suara lunaknya. Siapa dia sebenarnya?

Tidak berhenti di situ, video duet Terlanjur Cinta bersama ‘pesakitnya’ iaitu Shiha Zikir juga mendapat pujian. Memang power! Bila diselidik rupanya dia memang seorang penyanyi! Patutlah suara sedap!

Fly me to the moon

Video nyanyian Fly Me To The Moon yang viral itu telah mendapat lebih 377ribu tontonan dan 20ribu retweet di laman Twitter. Video tersebut turut dikongsi ke beberapa pages di laman Facebook dan ternyata rata-rata menyukai suka merdu Dr Hafiz Zainal.

Terlanjur Cinta dengan Shiha Zikir

Viral sekali lagi di media sosial apabila dia memuatnaik video nyanyian santai bersama penyanyi Shiha Zikir. Lagu Terlanjur Cinta yang disampaikan mereka mendapat 52ribu tontonan selepas 8 jam dimuatnaik di laman Twitter.

Untuk pengetahuan, Dr Hafiz Zainal telah berjinak dalam industri hiburan sejak berusia 23 tahun lagi. Ketika itu, dia masih menuntut sebagai pelajar jurusan pergigian. Malah, di usia muda lagi dia telah muncul dengan single pertama bertajuk Cinta Bukan Jalan Kita ciptaan komposer Bemby Noor.

Dr Hafiz Zainal pernah memenangi tempat kedua di pertandingan pencarian bakat menerusi syarikat rakaman Awakening Records pada tahun 2013. Dia juga pernah memenangi Anugerah Planet Muzik 2013 bagi kategori Nova Media Sosial menerusi lagu cover Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain.

Cinta Bukan Jalan Kita

Lagu Cinta Bukan Jalan Kita merupakan single pertama nyanyian Dr Hafiz Zainal pada tahun 2015. Lagu ciptaan komposer Bemby Noor ini telah menempatkan namanya dalam industri seni tanah air.

Terasing

Manakala lagu Terasing merupakan lirik Bulan Penuh dan Bunga Cantik adalah single paling terbaru nyanyian doktor gigi ini. Lagu Terasing telah diperdengarkan ke umum sejak November 2019 lagi. Memang power juga vokal Dr Hafiz Zainal!

Sumber: Dr Hafiz Zainal

SKIP THIS AD ×