berita

Viral Video Lelaki Berkelakuan Samseng, Polis Siasat Punca Sebenar

July 9th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Berikutan viral satu rakaman video yang memaparkan pertelingkahan antara dua penunggang motosikal di satu persimpangan jalan raya, pihak polis sedang giat lakukan siasatan. Menerusi Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes itu.

Pergaduhan mulut antara dua pihak

https://www.facebook.com/firka.najwa.3/videos/1133644590355377/?q=hisyam%20nozi&epa=SEARCH_BOX

Hasil penelitian lanjut, kejadian berlaku jam 7.45 pagi di hadapan Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, Dato Keramat, Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut telah menyebabkan pergaduhan mulut antara dua pihak hingga terjadinya tolak menolak antara satu sama lain dan menyebabkan anak serta isteri penunggang lain itu terjatuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 pagi di hadapan Masjid Khalid Al Walid, Dato Keramat, Kuala Lumpur. Pada awalnya, sebuah motosikal didapati hampir berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah yang bertentangan.

Oleh sebab itu, berlaku pertengkaran mulut antara dua pihak sebelum salah seorang penunggang motosikal berkenaan menolak sehingga menyebabkan anak serta isteri penunggang lain itu terjatuh.

Satu pihak sahaja buat laporan

Phak polis Wangsa Maju sedang menyiasat punca dan sebab kejadian. Sehingga kini, hanya satu pihak sahaja yang tampil membuat laporan Polis tentang kejadian tersebut.

Polis Wangsa Maju menyeru agar pihak kedua yang terlibat untuk segera tampil bagi membantu siasatan.

Tambahnya lagi, hanya satu pihak sahaja yang dilaporkan membuat laporan polis berhubung kejadian. Pihak polis masih lakukan siasatan menyeluruh berhubung kes itu dan menyeru agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Disamping itu, dia turut menasihati pengguna jalan raya agar mengamalkan sikap sopan dan berhemah semasa memandu mahupun menunggang motosikal.

Kenyataan rasmi PDRM

Sumber: PDRM

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×