berita

Viral Video Menangis Malaysia Menang Bola, Kanak-Kanak Ini Dapat Tiket Free & Kejutan Jumpa Sumareh

September 8th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Selepas dijemput untuk menjadi pengiring bagi skuad Harimau Malaya serta menyaksikan perlawanan Malaysia menentang UAE nanti, hari ini anak kepada pelakon Nadiya Nissa iaitu Omar menerima hadiah yang berbeza daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi perkongsian yang dibuat FAM di laman Facebook rasminya, kali ini Omar dipertemukan dengan idolanya, Mohamadou Sumareh.

Omar terkejut

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/videos/2356447431288683/

 

Menerusi video tersebut, Omar kelihatan terkejut dan gembira dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka idolanya itu.

Selain dapat bersalaman dengan Sumareh, kanak-kanak itu juga turut menerima beberapa keping tiket untuk menyaksikan menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa ini.

Farizal Marlias pun dapat jumpa!

Sebelum ini, tular video aksi spontan Omar yang dilihat terlalu khusyuk menghayati perlawanan bola sepak di depan kaca televisyen. Bukan itu sahaja, dia turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kemenangan 3-2 ke atas pasukan Indonesia.
Sumber: Facebook FAM
The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×