berita

Viral Video ‘Panas’ Miripnya, Aiman Tino Buka Mulut

March 12th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, tersebar video ‘panas’ mirip beberapa selebriti popular di laman sosial. Antara mangsa yang terlibat adalah Syafiq Kyle, Idris Khan dan Ammar Alfian.

Terbaru, video mirip penyanyi baru Aiman Tino pula berlegar di laman sosial. Aiman kemudiannya membuka mulut berkenaan isu itu.

Sedang muktamadkan jalan penyelesaian

Menurut update terbaru di Instagramnya, Aiman sedang dalam proses untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu berkenaan. Dia juga berharap isu berkenaan tidak berpanjangan dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang membangkitkan isu itu.

Saya dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.

Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan.

Hargai sokongan peminat

Aiman juga berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya menghadapi isu sebegini.

Terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier saya. Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Saya sayang anda semua.

Menurut laporan Harian Metro, pengurus Aiman, Zamani berkata, penyanyi di bawah pengurusannya itu mahu diberi ruang dan masa dan dia sebagai pengurus tidak mahu memaksa.

Saya ada menghubungi Aiman bagi mendapatkan komen mengenai perkara ini selepas dituntut rakan media berbuat demikian. Namun, Aiman berkata dia ingin diberikan ruang dan masa. Dia juga tidak mahu komen apa-apa.

Selaku pengurus, saya tidak mahu memaksa dan menghormati permintaannya.

Sumber: Harian MetroAiman Tino

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×