berita

Viral Video Penghantar Makanan Ditumbuk & Ditendang, Suspek Direman 4 Hari

August 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral satu video di media sosial yang memaparkan seorang rider penghantar makanan dimaki, dipukul dan ditumbuk oleh seorang pelanggan. Tindakan tidak berperikemanusiaan individu berkenaan telah membangkitkan kemarahan orang ramai.

Artikel berkaitan: Viral Video Penghantar Makanan Ditumbuk & Ditendang, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki disyaki memukul penghantar makanan di Alma, Pulau Pinang itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes.

Suspek seorang pelajar

Sekadar gambar hiasan

Polis telah mendapat perintah reman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu. Kami masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk punca kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, suspek yang berusia 33 tahun itu merupakan seorang pelajar kolej swasta. Suspek ditahan semalam di sebuah hotel di kawasan tersebut. Pihak polis berjaya menahan suspek sekitar jam 7.22 malam.

Merekodkan keterangan mangsa

Sekadar gambar hiasan

Tambahnya, pihak polis juga akan merekodkan keterangan mangsa dan pemilik rumah inap desa yang disewa lelaki itu untuk membantu siasatan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan membabitkan ugutan jenayah.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berumur 34 tahun mendakwa mengalami kecederaan disebabkan dipukul suspek dalam kejadian jam 11.05 pagi di sebuah inap desa disewa pelanggan terbabit.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×