berita

Viral Video Pocong Tumpang Abang Lori Atas Highway – ‘Macam-Macam Doa Dah Baca Tapi Tak Jalan Juga’

February 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, pengalaman ‘terserempak’ dengan makhluk halus merupakan satu momen seram, mengerikan dan sememangnya membuat bulu roma kita meremang.

Artikel Berkaitan: Viral Video Wanita ‘Dirasuk’ Dalam Bas, Netizen Bongkar Kisah Misteri Di Kawasan Gua Tempurung

Begitu juga seperti kisah seorang lelaki ini apabila lori yang dipandunya ‘ditumpangi’ oleh satu sosok menyeramkan.

Pocong tumpang lori

Menerusi video pendek yang viral di media sosial memaparkan seorang lelaki yang juga merupakan pemandu lori mendakwa ditemani penumpang tidak diundang semasa memandu seorang diri di sebuah lebuh raya. Dia yang kelihatan bersahaja sempat memalingkan kamera telefon bimbit ke arah sosok seram yang berpakaian serba putih seperti pocong.

Assalamualaikum, pada sesiapa yang tertinggal sahabat atas highway dekat Changkat Jering, nak halau macam mana. Ini dok ada dengan kita ni sahabat depa. Adoi, dah baca macam-macam doa dah baca tapi tak jalan juga. Nak sampai Alor Pongsu ni kot dia mau turun, adoi, dok lain kali jangan tinggal merata.

Namun tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar dan bila kejadian tersebut berlaku. Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Malah ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman seram yang pernah dilalui mereka sebelum ini.

Video

Respon netizen

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×