Semalam, telah viral satu video yang memaparkan seramai 211 orang anak yatim fakir miskin diarahkan kosongkan penempatan. Sebenarnya, tindakan pihak berkuasa mengarahkan supaya mengosongkan pusat tahfiz tersebut bukanlah satu perkara yang disengajakan.
Pusat tahfiz tersebut dikatakan beroperasi dengan menjalankan kegiatan eksploitasi para pelajarnya untuk mengutip derma dan menjual produk untuk meraih keuntungan.
Tidak berdaftar dan menipu
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.
Pusat tahfiz yang mempunyai 120 orang pelajar dalam kalangan anak yatim dan fakir miskin itu beroperasi sebagai pusat rawatan amal serta menggunakan taktik licik menipu pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengaut keuntungan.
Pengusaha pusat tahfiz amal ini menggunakan taktik licik sering bertukar premis dengan mendaftar nama baharu setiap kali selepas tindakan diambil pihak berkuasa.
Ia menyukarkan kerajaan negeri untuk membanteras tindakan eksploitasi pelajar meminta derma sambil menjual produk dan menggunakan agama, jadi saya minta orang ramai jangan mudah terpedaya dan percaya cerita video tular baru-baru ini.
Eksploitasi pelajar dengan jual produk
Selain itu, pusat tahfiz tersebut juga telah mengeksploitasi para pelajarnya itu dengan mengarahkan mereka meminta derma sambil menjual produk. Rentetan daripada penutupan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambil 11 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan 109 orang lagi semuanya berusia bawah 12 tahun diserahkan semula kepada ibu bapa masing-masing.
Pusat tahfiz ini mula beroperasi pada 2005 di atas tapak Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah namun tidak berdaftar sebelum kita mengambil tindakan arah tutup.
Bagaimanapun, pusat terbabit masih beroperasi dan didapati menukar nama kepada Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bestari serta menjalankan kegiatan jualan seperti biasa.
Licik pindah tempat lain
Menurut laporan lagi, sebelum ini pihak Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat tahfiz menghentikan operasi tetapi gagal kerana dikesan sudah berpindah.
Pada 28 Januari 2014, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat terbabit menghentikan operasi dan aktiviti jualan oleh pelajar namun mereka dikesan berpindah ke lokasi baharu di Kampung Permatang Alor Ibus, Jalan Yan, terbaharu lokasi mereka di Taman Zamrud, Pekan Baru, Sungai Petani.
Sumber: Harian Metro