berita

Viral Video Remaja Melambung Kena Langgar, Polis Jumpa Dadah Dalam Kereta

December 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal melambung tinggi dan tersangkut di atas bumbung selepas dilanggar sebuah kereta Honda Civic.

Difahamkan, mangsa dikenali Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria berusia 19 tahun dilaporkan mengalami cedera parah susulan insiden yang berlaku di Kampung Pak Badol, Kelantan.

Artikel Berkaitan: Rakaman Video Kanak-Kanak Perempuan Dilanggar Sebelum Digilis Van Tular

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bawa Kereta Laju Sangat’ – Penunggang Motosikal Terpelanting Dirempuh Kereta

Video kejadian:

https://www.youtube.com/watch?v=eC37FSfSLmU

Ujar pemilik bengkel, Abdul Sukri Mohamad menerusi laporan Harian Metro, ketika kejadian dia sedang membaiki kereta sebelum terdengar dentuman kuat berikutan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal di pagar rumahnya. Bagaimanapun, penduduk kampung hanya berjaya menjumpai pemandu kereta dan sama sekali tidak menjumpai penunggang motosikal terbabit.

Kami mencari-cari pemandu motosikal di sekitar kawasan kemalangan namun hairan kerana tidak menemui mangsa. Beberapa minit kemudian, barulah ada bunyi orang bergerak atas bumbung dan saya menyedari mangsa kemalangan berada atas bumbung bengkel saya.

Susulan daripada itu, penduduk kampung bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba bagi proses menurunkan mangsa.

Kami mengambil masa 10 minit menggunakan tiga unit tangga, satu unit pengusung dan tali pengikat untuk menurunkan mangsa yang tercedera.

Bongkar kegiatan jenayah

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, insiden tersebut berlaku susulan kereta Honda Civic yang dipercayai cuba memotong Perodua Kancil namun bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Mengulas lebih lanjut, pihak polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda dalam kereta lelaki berkenaan dan sekali gus membongkar kegiatan jenayah yang dilakukan olehnya.

Rampasan membabitkan nilaian RM3,020 selain pemandu kereta ditahan polis. Ujian air kencing turut mendapati mangsa positif methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan dadah.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala kes dadah disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×