berita

Viral Video Remaja Perempuan Gaduh, ‘BF’ Jelas Punca Sebenar Lepas Gambar ‘Wanted’

June 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral satu video yang memaparkan seorang remaja perempuan telah menjadi mangsa buli ‘rakan-rakannya’. Menurut sumber di Twitter, kejadian buli tersebut berpunca akibat berebut abang angkat.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Remaja Perempuan Kena Pukul Sampai ‘Berdarah’ Tersebar Di Media Sosial, Rupanya Berebut ‘Abang Angkat’?

Terbaru, seorang lelaki telah tampil dan menafikan bahawa dirinya terlibat dalam perbalahan tersebut. Hal ini susulan foto miliknya tersebar di media sosial dan dikatakan sebagai ‘abang angkat’ yang direbutkan oleh sekumpulan gadis itu.

Tak ada kena mengena

Menerusi rakaman video 0:29 saat, remaja lelaki tersebut memberitahu bahawa dia bukanlah individu yang dimaksudkan oleh orang ramai selepas video viral itu tersebar. Dia turut berasa kesal apabila wajahnya kini menjadi ‘wanted’ sedangkan dia tidak ada kena-mengena dalam hal tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan pihak polis, remaja perempuan tersebut bergaduh kerana cemburu antara satu sama lain sehingga bertindak melampaui batas. Secara tak langsung juga, pelaku bertindak memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital. Pihak polis juga memberi nasihat kepada masyarakat supaya menghentikan penularan rakaman video tersebut memandangkan kes masih dalam siasatan.

Siaran media

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×