berita

Viral Wanita Ditumbuk Tunang, Ini Yang Berlaku Sebenarnya

November 10th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

cover

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada sifat marah. Kalau berbincang, memang kena pandai kawal perasaan daripada bertindak emosi, kalau tak dikhuatiri jadi hal tak diingini seperti dibawah ni.

Sejak semalam viral gambar wajah seorang gadis cedera teruk akibat ditumbuk oleh tunangnya. Memang cuak bila dengar, yelah baru bertunang dah kena tumbuk sampai cedera teruk! Apa yang terjadi sebenarnya?

Status Facebook Abang Mangsa…

lb

screen-shot-2016-11-10-at-11-58-44-am

Gara-Gara Salah Faham…

repotpolis

Menurut laporan polis yang dibuat, mangsa yang berumur 23 ditumbuk di bahagian mata sebelah kanan, bahu sebelah kiri, bibir dan paha kaki kiri oleh tunangnya setelah berlaku perselisihah faham semasa berbincang di hadapan rumah.

Mangsa kemudian dibawa oleh tunangnya ke Hospital Ampang Puteri dan doktor mengesahkan tulang di bawah mata mangsa patah dan ada pendarahan dalam mata.

Tunang Hilangkan Diri…

lebam

Pun begitu, tunang mangsa didakwa telah menghilangkan diri selepas kejadian itu. Difahamkan lokasi terakhir lelaki itu berada adalah di Ampang. Abang mangsa kini sedang giat menjejaki lelaki yang telah memukul adiknya.

Fuh, tengok dari gambar memang teruk kecederaan yang dialami mangsa ni, ahli keluarga mana yang tak berang! Apa pun kita semua tak tahu apa hal sebenar yang berlaku disebalik kejadian ini, jadi eloklah kalau tak buat sebarang spekulasi. Moga segalanya dapat diselesaikan dengan baik!

Sumber: Boy Haru, HAMBALI

SKIP THIS AD ×