berita

Virus Selsema Babi Tidak Berisiko Kepada Manusia Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar

July 2nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penularan pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang agak teruk kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia. Ini membuatkan semua perkara terjejas dengan wabak tersebut.

Terbaru, ternakan komersial dan babi hutan telah disahkan positif virus Influenza H1N1 (SIV H1N1) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui sampel darah yang diambil melalui program pengawalan nasional. Virus ini juga lebih dikenali sebagai selsema babi oleh orang ramai.

Tidak Berisiko Kepada Manusia

Walaubagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut semalam, baka babi ini tidak langsung menunjukkan gejala penyakit. Tambah lagi, ianya tidak mampu untuk menyebarkan jangkitan selsema babi tersebut kepada manusia.

Selain itu juga, Malaysia juga telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang gejala tersebut tersebar ke negara ini. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, virus H1N1 ini kebiasaannya hanya pada babi dan jenisnya sahaja tetapi pada tahun 2009, wabak ini juga telah tersebar kepada manusia yang masih aktif.

Wabak ini juga mengakibatkan demam bermusim kepada manusia sehinggakan menyebabkan kesakitan yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan kematian di seluruh negara setiap tahun.

Malaysia laksana langkah pencegahan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui DVS dan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia telah melaksanakan langkah pencegahan seperti pemantauan pemeriksaan ternakan di pintu masuk utama negara. Langkah pencegahan ini dijalankan bagi menghalang wabak tersebut dari terus masuk ke negara ini.

Selain itu juga, pihak berkuasda telah mengehadkan kemasukan khinzir dan produk berasaskan babi yang mana diimport dari negara yang mungkin berisiko untuk memperoleh wabak influenza ini.

Seluruh negara juga sudah menyedari tentang kempen kesedaran berkenaan selsema babi ini dan penternak dikerahkan untuk meningkatkan sistem biosekuriti di ladang mereka.

Industri babi di Malaysia mempunyai populasi ternakan sebanyak 1,748,547 yang bernilai lebih RM5 billion yang diternak di 614 ladang komersial yang melibatkan lebih 5,000 pekerja.

Sumber : Malaymail

SKIP THIS AD ×