berita

VIXX Guna Patung Voodoo Untuk Balas Dendam?

November 20th, 2013 | by Ai
Kini Trending

VIXX

Melihat sahaja tajuk di atas pasti ramai yang merasa seram dan tertanya-tanya kenapa kumpulan k-pop terkenal, VIXX ingin membalas dendam, serta pada siapa patung voodoo itu ingin dituju? Adakah pada musuh mereka yang berada dalam industri atau sebaliknya?

Lazimnya patung voodoo sering dikaitkan dengan penggunaan kuasa sihir atau ilmu hitam. Jadi, mungkinkah VIXX turut mengamalkan ilmu tersebut?

Ok, kalau nak tahu, tiada siapa yang akan disihir oleh kumpulan ini. Sebenarnya  patung voodoo yang diperkatakan itu hanyalah gimik atau konsep yang ingin ditonjolkan oleh kumpulan anak muda ini menerusi muzik video terbaru mereka berjudul, Voodoo Doll yang baru sahaja dilancarkan semalam.

Voodoo

Sedutan daripada MV Voodoo Doll

Menerusi paparan video berdurasi 4.28 itu, para penonton akan dapat menyaksikan bagaimana seorang wanita dapat mengawal pergerakan mangsanya dengan hanya menggunakan patung voodoo.

Wanita itu hanya perlu mencucuk bahagian mana yang dia suka dan dalam masa yang sama, si mangsa akan turut merasakan kesakitan dibahagian tersebut.

Jika ingin lihat sejah mana kaedah patung voodoo ini mampu menyebabkan mangsanya menderita, jom layan MV Voodoo Doll daripada kumpulan VIXX selepas ini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×