Terbaru, dua kumpulan K-Pop yang baru meningkat naik iaitu Nu’est dan Vixx telah hadir ke Malaysia bagi membuat persembahan di majlis ‘Shout Awards 2012’ yang diadakan di Sunway Lagoon.
Bercakap mengenai kehadiran pertama kumpulan Nu’est di Malaysia, kumpulan yang dianggotai oleh lima orang anak muda ini telah melahirkan rasa teruja dan gembira dengan penerimaan peminat terhadap kumpulan mereka. Meskipun baru melibatkan diri dalam industri seni suara, nampaknya aura kumpulan ini telah mula menular di kalangan peminat K-Pop tanah air.
“Ini merupakan kali pertama kami datang di Malaysia. Sebelum ini kami memang sedia maklum rakyat Malaysia hidup berbilang kaum dan semuanya bersikap positif.”
“Antara makanan yang ingin kami cuba adalah Mee dan Nasi Goreng.”
Kumpulan Nu’est telah dianggotai oleh JR – ketua kumpulan & rapper, Aron – rapper & vokal, Minhyun, Baekho dan Ren- vokal.
Manakala untuk kumpulan Vixx, mereka lebih gemar berkomunikasi dengan peminat menerusi laman Twitter dan menggunakan medium tersebut sebagai salah satu cara untuk mereka lebih dekat dengan peminat yang menyokong karier mereka.
“Kami memang suka berkomunikasi dengan peminat menerusi Twitter dan kalau boleh ingin berjumpa mereka secara berdepan.”
“Kami tiada sebarang cabaran atau halangan sepanjang berada dalam industri ini. Oleh itu, kami akan lakukan persembahan yang terbaik dan penuh bertenaga untuk peminat di Malaysia.”
Kumpulan ini telah dianggotai oleh enam orang anak muda yang dikenali sebagai, N – ketua kumpulan/penari & vokal, Leo & Ken – vokal utama, Hongbin – vokal & rapper, Hyuk – penari dan Ravi – penari & rapper.
Untuk peminat K-Pop, jom layan video kumpulan Vixx selepas ini. Rock your body!!