berita

VIXX Seksi Tidak Berbaju Dalam Hutan

May 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

VIXX-HYDE-photo-teaser-1

Kumpulan VIXX, ‘boy band’ dari Korea Selatan baru-baru ini telah mengeluarkan konsep foto yang akan digunakan untuk album mini pertama mereka berjudul ‘hyde’.

VIXX yang bermaksud Voice, Visual, Value in Excelsis telah membawa konsep ‘sexy vampires’ untuk tiga album pertama mereka sebelum ini dan bersetuju untuk membawa sedikit kelainan dalam mini album kali ini.

VIXX-Hyuk-Photo-teaser-HYDE

Mesti ramai remaja perempuan tergoda melihat gambar Hyuk ini

Kumpulan ini nampaknya selesa membawakan konsep ‘Jekyll and Hyde’ yang menampilkan keenam-enam mereka kelihatan seksi tidak berbaju di dalam hutan gelap.

Menurut laporan media di Korea, konsep itu merupakan transformasi mereka menjadi makhluk bersayap selepas dikecewakan oleh cinta. Hmm tinggi betul imaginasi mereka ini.

tumblr_mmqak3iNRV1r3r5ioo5_1280

Transformasi Leo melalui konsep ‘hyde’

Untuk pengetahuan umum, selain daripada ‘hyde’, album itu juga menampilkan enam buah lagu di samping lagu berjudul ‘Stop Holding Out’ dimana VIXX menampilkan Minah dari kumpulan Girl’s Day.

Khabarnya ‘hyde’ akan keluar di pasaran pada 20 Mei ini. Sama-samalah kita nantikan ya. Sementara itu, jom kita tengok gambar-gambar terbaru yang akan digunakan VIXX untuk album ‘hyde’.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×