berita

Vokal Bukan Sekadar Rupa Kembali Lagi!

September 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahun lalu kita telah saksikan kejayaan Asmidar sebagai juara sulung untuk program realiti TV, VOKAL. Namun begitu, kini pihak TV3 sekali lagi meneruskan inisiatif bagi mewarnai industri seni suara dengan pencarian bakat-bakat baru.

Bagi musim kedua ini, sesi ujubakat VOKAL akan bermula pada Sabtu ini dan ia akan berjalan selama empat minggu berturut-turut. Menerusi sesi ujibakat ini, ia akan memperlihatkan pemilihan secara ‘semula jadi’ di mana faktor vokal masih diberikan keutamaan oleh pihak juri dan produksi.

Beberapa pembaharuan bakal dilakukan menerusi VOKAL musim kedua ini bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar dan menepati selera para penonton TV3. Ketika sesi ujibakat, para peserta digalakkan untuk berkongsi bakat seni yang mereka miliki seperti lakonan, bermain alat muzik atau menari.

Jadi kepada sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan kehebatan vokal anda di sesi uji bakat yang akan bermula pada hari Sabtu ini, 8 September 2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Sri Pentas TV3, Bandar Utama.

Siapakah yang layak untuk menjadi peserta terbaru VOKAL musim kedua? Adakah anda juga layak untuk dipilih sebagai peserta? Jadi, jangan sia-siakan bakat yang anda miliki. Sertai sesi ujubakat VOKAL dan uji kehebatan vokal anda.

Sesi ujibakat juga akan turut diadakan di tempat-tempat terpilih berikut :

15 & 16 September 2012 – Kota Kinabalu, Sabah
29 & 30 September 2012 – Kuching, Sarawak
6 & 7 Oktober 2012 – Sri Pentas TV3, Bandar Utama

Kredit Foto : Eman Warnapiksel

SKIP THIS AD ×