berita

‘Vokal Saya Masih Belum Pulih’ – Nabila Razali Sahut Cabaran Bertanding Di AJL35

January 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, penyanyi Hael Husaini selaku penulis lirik bagi lagu Peluang Kedua mempertaruhkan persembahan dan suaranya di pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-35 dengan menggantikan penyanyi asal iaitu Nabila Razali. Sebelum ini, dilaporkan Nabila Razali mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan suaranya.

Terbaru, Nabila Razali dikatakan akan menyanyikan sendiri Peluang Kedua untuk dipertandingkan di pentas AJL35.

Vokal masih belum pulih

Memetik laporan Berita Harian, Nabila sanggup menanggung risiko demi menunaikan hasrat selain memuaskan hati peminat biarpun belum pulih sepenuhnya akibat masalah peti suara.

Kalau diikutkan, vokal saya masih belum pulih dan sedang dalam proses mendapatkan rawatan susulan. Doktor tidak menggalakkan saya menyanyi dalam keadaan begini sebenarnya.

Namun, disebabkan peminat rindukan saya untuk kembali beraksi, saya membuat keputusan menyahut cabaran itu biarpun sedar risiko menanti.

Sejak mengalami masalah vokal, saya sudah lama tidak mengambil tawaran acara persembahan. Saya banyak berehat dan mengamalkan minum jus lemon untuk memulihkan kotak suara. Jika berlaku sesuatu yang mungkin menghalang untuk saya menyanyi, kita akan fikiran jalan penyelesaiannya.

‘Peluang untuk Bella grab’

Selain itu, Nabila juga menganggap kelayakkan ke pentas AJL35 sebuah peluang dan dia tidak akan melepaskannya.

Bella rasa AJL bukan macam setiap hari ada, bukan setiap minggu ada. Tolak tepi kesihatan Bella. Dan Bella rasa ini macam golden ticket untuk Bella grab, jadi ini peluang kedua Bella. Kalau Bella lepaskan peluang ni, Bella rasa nanti takut Bella menyesal di kemudian hari.

Jujur cakap, Bella belum sihat sepenuhnya. Tapi Bella nak timba pengalaman AJL itu sendiri. Bukan masa ini, kita ada juga pergi kelas dan jumpa cikgu.

Memang bukan strategi

Sementara itu, Bella juga menjawab kritikan netizen yang menganggap Hael Husaini menyanyi di pentas Semi Final sebagai taktik untuk melayakkan lagu ini ke final.

Bagi Bella semua benda ini adalah sebab rezeki. Tercalon dalam Semi Final Muzik-Muzik pun dah berita gembira untuk Bella. Waktu tu memang betul-betul Bella nak nyanyi tapi setelah dinasihatkan pun Bella masih nak menyanyi juga.

Selepas keputusan yang sudah dibuat, berbincang dengan team. Memang bukan strategi. Tak ada langsung, memang kita orang dah plan lama dah.. bila lagu tu dapat Bella dah tahu dah nak buat apa. My first time, mesti la Bella excited. Takkan tak nak nyanyi lagu sendiri.

Sumber: Berita Harian, Melodi

SKIP THIS AD ×