Gambar sekadar hiasan
Kurang lebih sebulan lalu, seorang pembantu rumah didakwa melarikan anak seorang selebriti wanita yang pernah menjadi seorang penyanyi satu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: Ada Kesan Umpil Dekat Pintu Rumah, Bekas Isteri Dakwa Pelakon Bawa Lari Anak-Anak – ‘Habis Semua Pakaian & Buku Sekolah Dia Angkut’
Bekas suami arah larikan anak?
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, selebriti wanita itu dengan pantas membuat laporan polis berhubung kejadian dan hasilnya, pembantu rumah tersebut berjaya ditahan pihak polis.
Namun begitu, apa yang mengejutkan ialah hasil siasatan mendapati bekas suami kepada selebriti tersebut yang merupakan vokalis kumpulan terkenal didakwa menjadi dalang utama dengan berkomplot untuk melarikan anaknya itu.
Pembantu rumah tersebut mendakwa, dia diarahkan oleh penyanyi lelaki berkenaan untuk menculik kanak-kanak tersebut kerana sudah lama tidak bertemu anak lelaki yang juga anak angkat mereka ketika masih bergelar suami isteri.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyanyi lelaki tersebut bakal membawa kes melibatkan hak penjagaan anak di mahkamah syariah.
Sumber: Harian Metro