berita

Wabak Bobunik Berpunca Daripada Daging Marmot Dikesan Di China, Catat 2 Kes Jangkitan

July 6th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Isu Covid-19 sememangnya menjadi fenomena buat dunia. Kesan penularan wabak itu membuatkan seluruh negara mengalami kematian sehingga ada yang mencecah 6 angka kematian.

Terbaru, negara dikejutkan pula dengan wabak baru. Sudah mempunya dua kes jangkitan, wabak bubonik dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad lepas.

Terdapat risiko wabak merebak

Menurut Astro Awani,  wabak Bubonik ini telah dikesan dengan dua jangkitan pada Ahad lepas di utara China. Pelbagai usaha dilakukan seluruh dunia untuk mencari vaksin bagi mengekang pandemik Covid-19 ini, tetapi dunia dikejutkan dengan wabak baru.

Walaubagaimanapun, kerajaan China telah mengeluarkan amaran berhubung penyakit ini sehingga hujung tahun ini. Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia.

Menurut pihak berkuasa keselamatan tempatan, orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan terus mendapatkan rawatan sekiranya berasa tidak sihat. Kata mereka lagi terdapat risiko yang wabak ini akan merebak.

Pada 1 Julai lepas, dua pesakit telah disyaki dijangkiti wabak Bubonik ini di wilayah Khovd di barat Mongolia menurut media tempatan Xianhua. Suspek yang masih berusia 27 dan 17 tahun itu disah positif selepas melalui ujian makmal.

Dijangkiti Selepas Makan Daging Marmot

Kedua suspek disahkan dijangkiti wabak Bubonik selepas menikmati haiwan marmot dan pesakit merupakan adik-beradik. Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah yang nama saintifiknya ialah Marmota.

Marmot yang datang dari kelas herbivor itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika. Wabak ini datangnya berpunca dari bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus.

Selain itu, seramai 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa juga telah diasingkan dan menerima rawatan di hospital. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak ini mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

Pada tahun lepas, dua individu maut selepas dijangkiti wabak ini setelah memakan daging marmot yang mentah.

Sumber : Awani

SKIP THIS AD ×