Tak dinafikan, selain mengenakan busana yang cantik, sentuhan solekan merupakan salah satu aspek penting dalam persediaan perkahwinan. Oleh hal demikian, pengantin perempuan sanggup melabur ratusan ringgit mengupah ‘mak andam’ untuk mendapatkan sentuhan solekan yang sesuai bagi menaikkan ‘aura’ seri pengantin.
Artikel Berkaitan: Bagi Crown Reput & Veil Lusuh, Pengantin Terpaksa Make-Up Sendiri Lepas Dianiaya Mak Andam
Memang nampak muda!
Baru-baru ini, seorang jurusolek iaitu Erma Tahir ada memuat naik satu video di akaun TikTok memaparkan seorang wanita yang sudah mendapat sentuhan solekan di hari perkahwinannya. Jika dilihat, wajahnya persis wanita muda yang berusia dalam lingkungan 30-an namun siapa sangka, rupa-rupanya pengantin ini sebenarnya sudah pun mencecah usia 60 tahun.
Menurut Erma, pada awalnya pengantin berkenaan seakan ragu-ragu sekiranya faktor usianya menjadi penghalang untuk dia kelihatan cantik di hari bahagianya. Tetapi pengantin ini akhirnya jatuh cinta melihat wajahnya sendiri selepas mendapat sentuhan ‘ajaib’ daripada MUA Erma. Video tersebut telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan selain mengakui ‘tertipu’ dengan usia pengantin ini.
Video Penuh
Respon netizen
Sumber: Erma Tahir