Sejak kebelakangan ini, wajah pelakon dan pengacara Janna Nick dikatakan kelihatan semakin berseri-seri sehingga ada yang meneka dirinya sedang hamil.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gatal-Gatal Kalau Nak Hidup Lama’ – Pesan Janna Nick Pada Dini Schatzmann
Artikel Berkaitan: Alami Masalah Radang Usus, Janna Nick Masuk Hospital
Berseri bukan sebab hamil
Ketika ditemui OhBulan!, Janna berkata dia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya masih belum berbadan dua.
Menurut Janna, sekiranya sudah hamil dia akan berkongsi berita gembira itu kepada semua peminatnya.
Mungkin sebab saya bekerja dalam indoor (tempat tertutup) seperti di UiTM dan Istana Budaya, semua latihan untuk teater Pak Pandir dan Labu Ajaib dilakukan di bawah bumbung, tak kena matahari, itulah sebabnya wajah saya berseri.
Doakan yang baik-baik. Kalau ada (hamil) pasti saya akan kongsikan nanti. Tengoklah sekarang kan saya makin kurus. Kalau ada pasti akan bertambah besar.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pementasan Teater Pak Pandir Dan Labu Ajaib yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini.
Untuk info, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon berdarah campuran Inggeris, Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun yang lalu.