Pelakon dan usahawan, Wak Doyok mempersoalkan tindakan penyanyi Syada Amzah yang bercerita soal masalah keluarganya kepada umum.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Syada Amzah Rindu Shila – ‘Kali Terakhir Jumpa Masa Dia Kahwin, Kami Tak Bercakaran’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Yang Ada Tak Menghargai, Yang Sebelah Pandai Menghargai’ – Wak Doyok
Punca rezeki tak masuk
Menerusi ruangan komen sebuah portal hiburan, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, pergaduhan antara keluarga boleh menjadi punca penyekat rezeki.
Dalam pada itu, dia turut menasihati agar Syada sekeluarga duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa melibatkan campur tangan orang luar.
Dengan adik beradik, mak ayah pun nak bergaduh. Macam mana rezeki nak masuk.
Masing-masing kena duduk bincang dengan keluarga. Ini cerita sini tak ada guna.
Terdahulu, Syada memberi ucapan ulang tahun buat penyanyi Shila Amzah dan menjelaskan tindakan tersebut merupakan luahan rindu kepada kakaknya.
Malah, dia juga enggan mengambil pusing mengenai dakwaan netizen yang mengatakan Shila menanggung dirinya.
Sumber: Instagram