Pernah tak anda berasa ‘give up‘ bila diet untuk kuruskan badan tidak menjadi? Malah, berat badan bukannya menurun tapi makin naik pula, padahal dah bersenam dan kurangkan makan. Apa yang tak kena sebenarnya?
Kalau anda nak tahu, diet yang tidak menjadi itu mungkin disebabkan waktu makan anda yang tidak betul. Sangat penting untuk anda kenalpasti waktu yang paling sesuai untuk makan iaitu dengan mengikut waktu fisiologi badan berfungsi.
Apa itu fisiologi?
Fisiologi merupakan fungsi bagaimana bahagian badan tertentu ‘bekerja’ yang berkait rapat dengan yang lain. Setiap organ badan manusia bekerja sepanjang masa, namun kita perlu tahu waktu-waktu organ itu berfungsi supaya simbang dengan waktu makan dan aktiviti seharian.
Bagi anda yang sedang berdiet tapi berat badan masih tidak turun, check waktu makan anda adakah ianya mengikut waktu makan ikut fungsi fisiologi badan? Ini kerana, waktu makan yang tidak mengikut fungsi fisiologi boleh menyebabkan berat badan menaik secara mendadak.
Waktu makan ikut fisiologi badan
1. 5 – 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
2. 7 – 9 pagi
Wajibkan diri untuk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
3. 9 – 11 pagi
Organ limpa sedang bekerja. Elakkan makan pada waktu ini.
4. 11 – 1 petang
Jantung sedang bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
5. 1 – 3 petang
Usus kecil sedang bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.
6. 3 – 5 petang
Pundi kencing sedang bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.
7. 5 – 7 petang
Ginjal sedang bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air putih dalam waktu ini.
8. 7 – 9 malam
Perikardium sedang bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.
9. 9 – 11 malam
Waktu terbaik untuk berehat dan tidur.
10. 11 – 1 pagi
Hempedu sedang bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.
11. 1 – 3 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep.
12. 3 – 5 pagi
Peparu sedang bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Sumber: Fyra Tasya