berita

Walau Bukan Lagi Menteri, Syed Saddiq Disenarai 15 One Young World Politician 2020

June 26th, 2020 | by faris
Kini Trending

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah mencatat sejarah sebagai menteri kabinet termuda negara setelah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018. Walaupun tidak lagi menggalas jawatan tersebut, Syed Saddiq tetap mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai sebagai salah seorang pemimpin politik muda tahunan.

Inisiatif Projek Reben Kuning

Syed Saddiq menjadi disenarai pendek sebagai salah seorang daripada 15 One Young World Politician of the Year Award 2020. One Young World adalahforum global menghimpunkan pemimpin muda seluruh dunia yang memberi impak kepada komuniti setempat. Sidang kemuncak One Young World ini terdiri daripada lebih 190 delegasi seluruh dunia berpeluang bersidang bersama Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau selain kerabat diraja Britain, Meghan Markle.

Inisiatif Projek Reben Kuning oleh Syed Saddiq diberi tumpuan oleh sidang ini. Projek ini bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan muda mendapatkan kerja selepas bebas dari tirai besi.

Bukan pencapaian individu

Menurut Syed Saddiq di Facebook rasminya, penyenaraian itu bukanlah pencapaian dirinya semata namun keluarga Kementerian Belia dan Sukan secara amnya. Selain Projek Reben Kuning, Undi18 turut disebut sebagai pencapaiannya sepanjang bergelar menteri.

Sudah tentu saya gembira dengan berita ini. Bagi saya, ini bukanlah sebuah pencapaian untuk individu semata-mata. Saya tahu bahawa untuk membawa perubahan yang baik kepada negara, kerja keras bersama adalah paling utama. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga KBS.

Sepanjang kami bekerja bersama, KBS berjaya mereka inisiatif Projek Reben Kuning yang memberi lebih 1,583 pekerjaan kepada belia berisiko dan bekas pesalah muda sebagai peluang kedua dalam kehidupan.

Undi18 pula memberikan hak di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memilih masa hadapan negara kepada 7.8 juta anak muda berusia 18 tahun.

Sumber: One Young World, Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×